TAZKIRAH MAULIDUR RASUL 1443H: SENYUM DAN TAWA RASULULLAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 Rabiulawal 1443H bersamaan 20 Oktober 2021.

Seramai 130 orang menghadiri Tazkirah secara dalam talian yang telah dianjurkan oleh Majlis Belia Brunei sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW dan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Tazkirah ini menyentuh tentang ujian yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan bagaimana Baginda menghadapinya dengan mengekalkan senyuman dan berasa gembira bersama orang sekeliling.

Tazkirah tersebut bertujuan untuk mengenali Rasulullah SAW secara peribadi dan mengetahui jejak langkah baginda yang patut kitani ikuti. Secara umumnya, untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kurniaan kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW ialah dengan melakukan perintah dan meninggalkan segala larangan dalam ugama. Seterusnya ialah dengan memperbanyakkan berselawat keatas Rasulullah SAW. Kemudian mengamalkan serta meningkatkan segala Sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan kita dan mendalami sirah kehidupan Baginda. Dalam sesi ini, kisah hidup Baginda iaitu di dalam senyum dan tawa Baginda diceritakan.

Sesi telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohammad Khairul Mu’az Bin Haji Sibodaud, Daie Bertauliah MUIB, Mahasiswa Ijazah Sarjana (Master’s Degree) Perguruan Ugama Akidah Ahlussunnah Waljamaah, KUPUSB. 

Tazkirah diteruskan dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan sesi begambar ramai.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash’ari selaku Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, dari para belia dan orang ramai.

Disediakan oleh Majlis Belia Brunei.

Previous
Previous

KULIAH JUMAAT: TARBIYYAH RASULULLAH MEMBAWA RAHMAT DALAM BERKELUARGA

Next
Next

MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD NABI SAW 1443/2021