MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD NABI SAW 1443/2021

Belait, Isnin, 12 Rabiulawal 1443H bersamaan 18 Oktober 2021M.

Bagi memeriahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Belait menganjurkan Majlis Penutup Dikir yang diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Antara pengisian pada majlis tersebut adalah tazkirah bertajuk “Rasulullah Pembawa Rahmat Sekalian Alam” yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohd Hilmi bin Yakop, Ketua Imam Masjid Kampong Sungai Teraban.

Turut Hadir pada majlis tersebut Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pegawai Daerah Belait, Para Belia serta orang ramai.

Disediakan oleh Majlis Belia Daerah Belait.

Previous
Previous

TAZKIRAH MAULIDUR RASUL 1443H: SENYUM DAN TAWA RASULULLAH

Next
Next

ASEAN Zine