KULIAH JUMAAT: TARBIYYAH RASULULLAH MEMBAWA RAHMAT DALAM BERKELUARGA

Jumaat, 16 Rabiulawal 1443H bersamaan 22hb Oktober 2021.

Bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam, Majlis Belia Brunei mengadakan acara sampingan iaitu Kuliah Jumaat dengan tajuk Tarbiyyah Rasulullah Mmebawa Rahmat Dalam Berkeluarga.

Sesi telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Abdul Afiq bin Zainuddin, Guru Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait yang juga selaku Naib Yang Di-Pertua Majlis Belia Daerah Belait secara dalam talian Zoom.

Dalam kuliah tersebut, beliau menggariskan bagaimana Rasulullah SAW merupakan seorang pemimpin yang dapat dijadikan contoh terbaik dalam mentarbiyyah (mendidik) keluarga Baginda tanpa mengabaikan kepentingan berkeluarga agar menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Baginda sebagai pemimpin umat Islam tidak pernah mengabaikan tanggungjawab baginda kepada keluarga. Rasulullah adalah salah satu role model yang terbaik dalam mentarbiyah umatnya samada tarbiyah secara aqliah/jasmaniah. 

Kuliah diteruskan dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan sesi begambar ramai. 

Turut hadir ialah Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash’ari selaku Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei, kakitangan kerajaan, para belia dan orang ramai.

Disediakan oleh Majlis Belia Brunei.

Previous
Previous

Stay-at-Home Tree Planting

Next
Next

TAZKIRAH MAULIDUR RASUL 1443H: SENYUM DAN TAWA RASULULLAH