MAJLIS IBADAH QURBAN HARI RAYA AIDIL ADHA ANJURAN MAJLIS BELIA BRUNEI BAGI TAHUN 1442H /2021M

KG. TASEK MERADUN, Jumaat, 12 Zulhijjah 1442H bersamaan 23 Julai 2021M.

Lebih daripada 130 buah keluarga telah menerima sumbangan daging Qurban sempena Majlis Ibadah Qurban Hari Raya Aidil Adha anjuran Majlis Belia Brunei dengan kerjasama Projek #INFAQ1. Tiga ekor sapi telah diqurbankan.

Daging-daging qurban diagihkan secara pandu lalu kepada para peserta dan juga 33 orang penerima sumbangan di rumah kediaman Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash’ari, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei. 

Pada sebelah petang, Yang Berhormat bersama ahli-ahli Majlis Belia Brunei dan ahli  Projek #INFAQ1 meneruskan pengagihan di rumah Pengarah Haji Abdullah Sunny bin Haji Abu Bakar di Kampong Sungai Pandan kepada 50 orang penerima dari Mukim Burong Pingai Ayer. Acara juga diselajurkan dengan sumbangan khas kepada anak-anak yatim dan asnaf melalui Projek #INFAQ1. 

Pengagihan juga dibuat kepada penerima-penerima di beberapa mukim di Daerah Brunei dan Muara oleh para sukarelawan.

Di antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk untuk membina ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan umat Islam di Negara Brunei Darussalam.

Disediakan oleh Majlis Belia Brunei.

Brunei Youth Council

At Majlis Belia Brunei (MBB), we believe in a world where young people are respected and heard, and have the ability to influence and make a difference to the world. Together with our partners, we develop future-ready youth who are committed to realising Wawasan Brunei 2035 by instilling in them a heart for service, resilience and an enterprising spirit.

https://www.bruneiyouthcouncil.com/
Previous
Previous

11th ASEAN Youth Forum: ‘Education in the New Decade: Thinking out of the Box’

Next
Next

SESI MUZAKARAH MAJLIS BELIA BRUNEI DENGAN PERGERAKAN BELIADAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI