SEKAPUR SIRIH

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله. نحمده ونستعينه ونستغفره.
ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعملنا.
من يهده الله فلا مضل له. ومن يضلل فلا هادي له.
نشهد أن لا إله إلا الله
ونشهد أن محمد رسول الله
لا نبى بعده

 

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." AlQuran (94) : 6 - 7

Semoga Allah jadikan huruf-huruf tulisan ini sebagai saksi pendahulu kata tersusun rapi diantara lidah-lidah sejarah Majlis Belia Brunei (MBB).

Setinggi-tinggi penghargaan dan nukilan tahniah kepada semua warga Majlis Belia Brunei (MBB) khasnya Ahli-Ahli Jawatankuasa Tetap Tertinggi Pusat (AJKTTP) dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) MBB termasuk Ahli-Ahli Jawatankuasa Tetap (AJKT) Majlis-Majlis Belia Daerah 2019 - 2021 yang telah selama ini bertungkus lumus, berbasah bekaring, berhempas-pulas sepanjang siang dan malam mengerahkan sekuat tenaga, berbanyak buah fikiran dan entah berapa banyak wang ringgit dalam menanai amanah yang dipercayakan ini.

MBB berperanan besar dalam memberikan ombak pembangunan belia Negara yang turut dinikmati melalui penyatuan semua inisiatif, program/projek dan aktiviti kendalian badan-badan bukan Kerajaan khasnya pergerakan belia yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam sepanjang penubuhannya. AlhamdulilLah, semenjak Kongres Agung Perwakilan (KAP) pada 10 Mac 2019 beberapa pencapaian telah dilaksanakan antaranya; Penstrukturan Majlis Belua Brunei; Persediaan dan Kongres Belia Kebangsaan, Perbincangan Meja Bulat, Penandatanganan memorandum-memorandum persefahaman dengan rakan-rakan strategik, Penglibatan Majlis dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan dan banyak lagi.

Terkini, MBB tampilkan wajah Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerjaan yang bergabung dengan MBB termasuk para rakan-rakan strategik Majlis dalam paltform laman sesawang sebagai pendekatan awal.

Majlis ini menyanjung tinggi khidmat sukarela yang bermaruah, mengutamakan sikap hormat menghormati, bekerja dengan konsep berpimpinan tangan, berganding bahu sambil melibatkan Allah dalam semua hal berkebajikan sebagai sumber kekuatan yang tiada taranya. Inilah semboyan moto MBB, "Bersatu untuk membela."

Turut merakamkan berbanyak terima kasih kepada barisan-barisan terdahulu warga kerja MBB yang banyak menabur bakti tanpa had kepada pertumbuhan belia anak bangsa ini antaranya : 1. Prof. Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid (2019).

  • Instagram
  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • YouTube